Saturday, 16 March 2013

aku tersedar

assalamualaikum..... =)

wahhh dah lame betol tak menghupdate belog ku ini... huhuhu.. ade mase aku ingin dikenali ade mase aku ingin bersendiri. cecece takleh blah ! haha..

sebenarnye, termunculnya aku di sini pada hari ini adalah untuk berkongsi sesuatu yang baru aku menyedarinya. (sengaja merosakkan bahasa). beberapa hari yang lepas, UUM ade buat Pesta Buku Utara 2013, aku mengambil kesempatan ini dengan membeli buku buku demi menghabiskan  baucer buku BR1M tersebut. setakat ni aku dah gune rm50 dengan membeli 3 buah buku motivasi hihik..nak kate aku poyo la tu kennnn :p actually mmg aku minat gile dengan buku motivasi ni, sebabnye aku ni jenis yang cepat tidak bersemangat atau dengan kata lainnya mudah down, seperti yang telah aku beritahu sebelum ini pada entry entry yang lepas. tu pun kalau uols ade bace la kan :p oleh itu, buku buku motivasi ini sangat diperlukan olehku demi membantu diriku ini agar lebih bersemangat di samping menjadikan aku seorang yang lebih celik akal hahaha.

setakat ni, aku baru je berjinak jinak membaca buku yang bertajuk "Act Like a Lady, Think Like a Man" by Steve Harvey. tengok tajuk die pun dah best kan ?? selalu aku kalau bace buku memang mengambil mase yang lame untuk habis sebabnye aku memang tak suke membace hehe.. kire dah oke la tu aku boleh beli semua buku buku yang terkumpul setakat ni haha.

oke sambung pasal buku yang ditulis oleh Steve Harvey ni, sebenarnye buku yang aku beli ni dah diterjemahkan dalam bahasa Malaysia, kalau nak bace yang English punye boleh je tapi aku ni tak berape nak paham sangat, sat g tak menjiwai lak kan haha.. ade banyak part dalam buku ni yang menarik minat aku untuk aku kongsikan kat sini.

AKU TERSEDAR, tajuk entry aku kat atas tu menunjukkan yang aku dah tersedar kenapa dan aku dah dapat jawapan dari persoalan yang selama ni menghantui fikiranku. aku amek salah satu part pasal ni, "bagaimana mengetahui sekiranya kita sudah temui orang yang mencari ikan belaan ataupun ikan mainan"...


aishhh boleh pulak die samekan kite dengan ikan :'( sadisss betol huhu. takpelah, itu adalah perumpamaan sahaja ye uols..hehe.. maksudnye kat sini mcm mane kite nak tau yang kite ni betol betol diperlukan sebagai teman kepada orang lelaki ataupun hanyalah sekadar permainan mereka.

1. Sekiranya perbualan dengan kamu hanyalah perkara yang remeh-temeh dan tidak lebih dari itu, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia benar-benar berminat dengan keperluan kamu, hidup kamu, keinginan kamu dan masa hadapan, dia sedang mencari ikan belaan.

2. Sekiranya dia mentertawakan keperluan dan standard kamu, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia sanggup mengikut peraturan kamu dan berhati-hati dengannya, dia sedang mencari ikan belaan.

3. Sekiranya dia mengambil nombor telefon kamu tetapi tidak menelefon kembali dalam masa 24jam, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia menelefon kamu segera, dia menunjukkan yang dia benar-benar berminat dengan kamu dan mungkin sedang mencari ikan belaan.

4. Sekiranya dia mengajak kamu keluar unutk makan bersama dan kemudian membiarkan kamu membayarnya, ataupun separuh daripada jumlah bil, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia yang membayar bil tersebut, dia menunjukkan yang dia sanggup menyara kamu dan dia mungkin sedang mencari ikan belaan.

5. Sekiranya dia menyatakan yang dia perlu berada di tempat lain pada waktu tertentu, dan sering muncul lewat serta tidak menelefon, dia mungkin sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia datang sebagaimana yang dijanjikan, dia sedang mencari ikan belaan.

6. Sekiranya kamu tidak pernah berjumpa dengan kawan-kawannya, keluarganya, rakan kerjanya atau sesiapa yang penting kepadanya, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia memperkenalkan kamu kepada orang-orangnya, dia mungkin sedang mencari ikan belaan.

7. Sekiranya dia sering mencari alasan mengapa dia tidak dapat bertemu kawan dan keluarga kamu, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia bersetuju untuk datang ke majlis makan malam atau acara sosial yang mana dia akan diperkenalkan kepada keluarga, kawan dan rakan pejabat, dia mungkin berfikir yang kamu adalah ikan belaan.

8. Sekiranya kewangannya, emosinya dan spiritualnya masih bercelaru, dia hanya mancari ikan mainan. Sekiranya dia mampu menyara dan melindungi keluarganya sebaik sebagaimana lelaki sejati, dia mungkin sedang mencari ikan belaan.

9. Sekiranya dia hanya mahukan hubungan yang terbuka dan mengatakan dia tidak kisah sekiranya mahu bertemu dengan orang lain, dia hanya mahukan ikan mainan. Sekiranya dia mahukan hubungan yang eksklusif dan setuju untuk berpacaran dengan kamu seorang, dia sedang mencari ikan belaan.

10. Sekiranya dia kecut perut apabila kamu menyebut kanak-kanak, dia hanya mencari ikan mainan. Sekiranya dia sudi bertemu dengan anak-anak kamu dan datang ke rumah dengan membawa buah tangan supaya pertemuan itu lebih selesa, dia mungkin akan menimbang kamu ikan belaan.


buku ni bukan untuk orang yang berkapel saje, bagi orang yang dah berkahwin pun perlu baca buku ni untuk tahu bagaimane cara lelaki berfikir. cara ni boleh buat kite celik akal dan tidak tertipu dengan mereka. memandangkan aku ni masih muda remaja hihiksss, jadi aku tertarik pada list bernombor 1, 2, 3, 5, 6 dan 9.

oleh itu, marilah kite same same renung bahawa kite sekarang berada pada tahap mane. jangan biarkan orang lelaki ni mudah memperdayakan kite ye. biar mereka susah untuk mendapatkan kite seperti kata pepatah jinak-jinak merpati. tapi bile dah jumpe yang betol betol serius, jangan la jual mahal pulak haha.. bia die jumpe dengan family kite terus, lebih afdal :) kikiki



#pesanan iklas dari khidmat masyarakat :p selamat mencuba =)

No comments:

Post a Comment